.

Azab Balasan Tinggalkan Solat

Solat adalah tiang agama bagi umat Islam. Jikalau sebuah rumah itu tidak mempunyai tiang, maka runtuhlah rumah tersebut. Begitulah juga bagi agama Islam. Tanpa solat maka runtuhlah agamanya. 

Solat 5 waktu merupakan salah satu rukun Islam. Sesibuk mana pun kita dengan urusan dunia, jangan la sesekali meninggalkan solat dengan sengaja. Credit to asyrafarique.wordpress.com Sabda Rasulullah s.a.w ertinya: " Sesiapa yang meninggalkan sembahyang tanpa keuzuran, Allah Taala akan mengazabnya." Dikeluarkan oleh Ahmad bin Hambal dari Kaab bin Ajrah. Sabda Rasulullah s.a.w lagi: 

Ertinya: " Sesiapa yang mengambil mudah akan sembahyang Allah Taala akan menghukumnya dengan lima belas hukuman. Enam daripadanya di dunia, tiga ketika hendak meninggal dunia, tiga ketika di dalam kubur dan tiga lagi ketika bangkit dari kubur. Adapun hukuman yang menimpa ketika di dunia ialah: 

1. Allah akan menarik keberkatan dari umurnya. 

2. Dihilangkan tanda-tanda orang yang soleh daripada wajah. 

3. Semua amal kebajikannya tidak akan diberi ganjaran oleh Allah. 

4. Allah tidak akan mengangkat doanya ke langit. 

5. Allah tidak akan mensucinya. 

6. Dia tidak akan mendapat bahagian daripada doa orang-orang soleh. Hukuman yang diterimanya ketika meninggal dunia ialah: 

1. Dia mati di dalam keadaan hina. 

2. Dia mati di dalam keadaan terlalu lapar. 

3. Dia mati di dalam keadaan terlalu haus. Hukuman yang diterimanya semasa di dalam kubur ialah: 

1. Allah akan menyempitkan kuburnya sehingga berselisih tulang rusuknya. 

2. Allah akan menyalakan bara api dan membalik-balikkannya di atas bara tersebut. 

3. Allah akan menugaskan dua Malaikat yang ganas. Mereka akan memukul orang yang melalaikan sembahyang subuh dari waktu subuh hingga zohor. Dan dari zohor hingga ke asar. Bagitulah dari satu waktu ke satu waktu. Setiap kali pukulan akan membenamkannya ke dalam bumi sejauh tujuhpuluh hasta. Mereka akan memasukkan kukunya ke dalam bumi dan mengeluarkannya semula. Mereka tidak akan berhenti memukul sehingga hari kiamat. Kami berlindung kepada Allah dari azab kubur. Adapun balasan yang mereka terima pada hari kiamat ialah: 

1. Allah akan menugaskan dua malaikat untuk menarik ke atas mukanya ke suatu tempat. 

2. Allah akan melihat mereka dengan pandangan kemurkaan sehingga berguguran daging mukanya. Mereka juga akan dihisab dengan teliti dan lama. 

3. Mereka akan ditolak di hadapan Tuhan ke neraka. Begitulah sedikit sebanyak peringatan untuk kita semua. Semoga kita sentiasa menjaga solat kita.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Dosa Pahala dengan judul Azab Balasan Tinggalkan Solat. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://usyahya.blogspot.com/2013/06/azab-balasan-tinggalkan-solat.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -