.

Berkahwin Adalah Ibadah

Rasulullah SAW bersabda , '' Barang siapa yang menikahi seorang wanita kerana kedudukannya , maka Allah tidak akan menambahkan baginya kecuali kehinaan . Barang siapa yang menikahi seorang wanita kerana kekayaannya , maka Allah tidak akan menambahkan baginya kecuali kefakiran . '' 

Beliau melanjutkan , '' Barang siapa yang menikahi seorang wanita kerana kemuliaan nasabnya , maka Allah tidak akan menambahkan baginya kecuali kerendahan . Dan , barang siapa yang menikahi seorang wanita dan ia tidak menginginkan kecuali supaya dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluannya atau menyambung tali silaturahim , maka Allah akan memberkahi mereka berdua . '' ( HR Thabrani ) . 

Dari hadis di atas , ada dua perkara penting yang dapat dijadikan petunjuk bagi umat Islam yang hendak membina rumah tangga .  


Pertama , sebuah rumah tangga akan diberkati Allah atau tidak , salah satunya disebabkan oleh bagaimana niat awal dalam membina rumah tangga tersebut . Niat yang tidak benar menyebabkan rumah tangga yang dibina akan jauh dari keberkatan Allah . Dan , bahkan boleh menyebabkan rumah tangga kandas di tengah jalan . Sebaliknya , rumah tangga yang dibina dengan niat benar , di antaranya untuk lebih menjaga kesucian diri dan menyambung persaudaraan , maka keberkatan Allah akan diraihnya dan kelangsungan rumah tangga dapat terus dijaga . 

Kedua , berkahwin adalah ibadah . Nikah tidak sekadar menyatukan dua insan atau dua keluarga . Perkahwinan bukan pula merupakan kontrak sosial . Tetapi , nikah merupakan salah satu ibadah . Dengan nikah , sesuatu yang asalnya haram dilakukan menjadi boleh dilakukan dan dari asalnya dosa menjadi pahala . 

Allah menerangkan masalah perkahwinan dalam salah satu ayat - Nya dengan didahului kata - kata '' Tanda - tanda kekuasan - Nya '' dan diakhiri dengan perintah kepada manusia untuk berfikir agar menjadi orang yang bertakwa . Allah berfirman , '' Dan di antara tanda - tanda kekuasaan - Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri - isteri dari jenis kamu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan - Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang . Sesungguhnya pada yang demikian itu benar - benar terdapat tanda - tanda bagi kaum yang berfikir . '' ( QS 30 : 21 ) . 

Rasulullah pun menjelaskan dalam sabdanya , '' Apabila seorang hamba ( manusia ) telah berkahwin , maka ia telah menyempurnakan separuh agama , kerana itu hendaklah ia bertakwa kepada Allah dalam separuh yang tersisa . '' Dan , dalam suatu riwayat Thabrani dijelaskan , '' Barang siapa yang nikah , maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh iman , kerana itu hendaklah ia bertakwa kepada Allah dalam separuh yang tersisa . '' 
Dalam bahasa Al-Quran , pernikahan disebut sebagai mitsaqan ghalizha ( perjanjian yang kuat dan sangat berat ) . Kerananya , Allah dan rasul - Nya melarang pernikahan dijadikan sebagai main - main . Rasulullah melarang perkahwinan yang bersifat kontrak atau sementara . Bahkan , perceraian pun merupakan sesuatu yang boleh dilakukan tetapi dibenci oleh Allah .
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori motivasi umat dengan judul Berkahwin Adalah Ibadah. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://usyahya.blogspot.com/2013/12/berkahwin-adalah-ibadah.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -